“Makmal dan fasiliti Nilai University memang seperti industri sebenar” - Puan Suhana Suratman, Pengarah Penyiaran RTM Negeri Sembilan

Kami berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Penyiaran RTM Negeri Sembilan Puan Suhana Suratman ke Nilai University, disambut oleh Naib Canselor Professor Dato’ Dr. Azhar Ismail. Professor Dato’ Dr. Azhar berkongsi antaranya mengenai peluang pengajian tinggi buat pelajar kategori B40. Melalui kelebihan skim Education for All, semestinya potensi pelajar-pelajar cemerlang ini akan dicungkil sebaik mendalami kepakaran dan minat masing-masing di Nilai University.

Puan Suhana juga berkesempatan melawat ke makmal kejururawatan dan hangar kejuruteraan pesawat terbang bagi melihat sendiri fasiliti dan kemudahan yang disediakan bagi pelajar mengaplikasi teori secara praktikal.